Daisypath Friendship tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
assalamualaikum , selamat datang ke belog kami . terima kasih sudi singgah and support lhaa kami k , a big love from us ♥

Wednesday 10 October 2012

Pengenalan kepada Diabetis Mellitus

Penyakit kencing manis (diabetes mellitus) adalah satu keadaan di mana kadar gula yang berlebihan dalam darah. Ini terjadi disebabkan oleh badan yang kekurangan satu hormon yang dipanggil insulin.Insulin diperlukan bagi menukarkan gula kepada tenaga dalam badan. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ pankreas yang terletak di bawah perut.

Insulin ialah sejenis hormon yang dikeluarkan oleh organ pankreas yang terletak di belakang perut.

Di dalam perut,makanan yang dimakan akan ditukarkan menjadi glukosa,kemudian diserap ke dalam saluran darah untuk digunakan oleh badan bagi mengeluarkan tenaga.Glukosa ialah sumber tenaga yang utama.

Bagi orang yang normal,insulin membantu glukosa dalam darah memasuki sel badan dan menukarnya menjadi tenaga.

Di kalangan pesakit diabetes,organ pankreas tidak dapat mengeluarkan insulin secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan.

Ini menyebabkan glukos tidak dapat masuk ke dalam sel badan.Oleh itu,ia terkumpul di dalam darah yang kemudiannya menyebabkan parasnya meningkat tinggi sehingga melimpah ke dalam air kencing.




3 JENIS DIABETES :-

    1.) Jenis I    ( insulin depend diabetes mellitus )
    2.) Jenis 11 ( non insulin depend diabets mellitus )
    3.) Diabetes waktu mengandung
            ( Gestational Diabetes Mellitus )




JENIS i :
-Diabetes yang bergantung pada insulin.
     = biasanya terjadi dikalangan kanak-kanak atau
         remaja.
     = hanya boleh di kawal dengan suntikan insulin,
        kawalan pemakanan dan senaman.


JENIS ii :
-Diabetes tanpa bergantung pada insulin.
    = berlaku di kalangan orang dewasa (40 tahun ke atas)
        dan individu yang mempunyai berat badan yang
        berlebihan.
    = boleh di kawal dengan pengambilan pemakanan,
       senaman atau ubatan.
    = individu yang mempunyai sejarah keluarga yang
       menghidap diabetes.




 DIABETES WAKTU MENGANDUNG (GESTATIONAL DIABETES MELLITUS)

-Keadaan ini adalah sementara,ia hanya berlaku disebabkan oleh perubahan hormon semasa mengandung.

APAKAH FAKTOR RISIKO DIABETES ??

1. Sejarah keluarga yang menghidap diabetes.

2. Individu yang tidak aktif secara fizikal.
    - mereka yang tidak bersenam atau kurang bersenam
       mempunyai risiko yang tinggi mendapat diabetes.

3. Berat badan yang berlebihan.

4. Faktor pemakanan
    - individu yang mengamalkan makanan berkanji secara
       berlebihan dan makanan lemak yang bertepu.

5. Faktor lain
    -seperti umur dan bangsa dikaitkan sebagai risiko
      untuk mendapat diabetes.

TANDA ATAU GEJALA DIABETES :

1) Gatal-gatal pada kemaluan.
2) Pening-pening.
3) Bertambah selera makan.
4) Susut badan secara mengejut.
5) Luka lambat sembuh.
6) Sentiasa letih
7) Sentiasa dahaga.
8) Kerap buang air kecil.
9) Mata menjadi kabur.

BAGAIMANA HYPOGLISEMIA DAN HYPERGLISEMIA ???




HYPOGLISEMIA ( gula kurang )
-keadaan yang terjadi apabila paras glukosa darah terlalu rendah daripada biasa (kurang daripada 3 mmol/l )

Ini mungkin akibat dari : 
  -menggunakan terlalu banyak insulin.
  -makan terlalu sedikit atau langsung tidak
    makan.
  -mengambil bahagian dalam aktiviti yang berat tanpa
    pengambilan karbohidrat.

Apakah gejala-gejala hypoglisemia ???..
-merasa lapar
-berpeluh dengan banyak
-letih dan lesu
-rasa mengantuk
-gelisah dan tidak tenteram
-denyutan jantung laju
-penglihatan menjadi kabur
-koma

HYPERGLISEMIA (gula tinggi)
-satu keadaan yang terjadi apabila paras glukosa dalam darah lebih tinggi daripada paras biasa (melebihi
  15mmol/l.

Disebabkan oleh :
-dos insulin tidak cukup.
-tidak makan ubat mengikut arahan doktor.
-makan terlalu banyak makanan yang bergula
  atau berkarbohidrat.
-jangkitan demam.
-tekanan perasaan.

Apakah gejala-gejala hyperglisemia ???..
- berasa letih dan dahaga.
- hilang selera makan, loya dan muntah.
- buang air kecil dalam kuantiti yang banyak.
- sukar bernafas
- koma

Komplikasi Diabetes:
- berdarah dalam mata
- serangan jantung
- mati pucuk
- darah tinggi
- gangrene
- buta
- kerosakan buah pinggang




Jagaan kaki diabetes
- sentiasa memeriksa kaki dari melecet, melecur, luka dan sebagainya
- mengeringkan kaki dengan kain atau tuala yang lembut terutama di celah- celah jari
- selalu memakai stokin dan kasut yang sesuai
- setiap hari membasuh atau merendam kaki dengan air suam
- selalu mengurut kaki dengan krim yang sesuai
- selalu meletakkan kaki paras yang lebih tinggi semasa baring
- tidak menyilangkan kaki semasa duduk pada suatu ketika yang lama
- berhati-hati semasa memotong kuku jari kaki

PADA PENDAPAT ANDA , ADAKAH PENYAKIT DIABETES INI BOLEH SEMBUH ??
Diabetes tidak boleh disembuh tetapi boleh dikawal dengan :-

- mengawal pemakanan
- bersenam setiap hari
- mengekalkan berat badan yang unggul



Selain itu , anda juga boleh menganggap senaman sebagai satu kaedah rawatan :)

- sesuatu aktiviti yang dilakukan secara berterusan selama 30 minit atau lebih berpeluh dan nadi 120/min
- lakukanlah senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu atau setiap hari
- senaman adalah mengikut umur dan keupayaan pesakit

UBATAN: ORAL HYPOGLYCAEMIC AGENTS (OHA)

a) Sulphonylureas - kesan ke atas pankreas dan menggalakkan pengeluaran insulin dari "beta cells", pankreas
- Glibenclamide
- Glicacide
- Glipizide

b) Biguanides - 'reduces gastrointestinal absorption of glucose, increases insulin - stimulated glucose transport in muscle and increase in insulin receptor binding'.
contoh; metformin - kurangkan selera makan, loya, 'abdominal discomfort', diarrhoea

c) Acarbose - 'delay and decrease the absorption of higher carbohydrates fromthe gastrointestinal tract'

Jenis-jenis insulin:
a) jangka pendek
contoh; Actrapid, Humulin R
b) Jangka panjang
contoh; Ultralente, Ultratard
c) Jangka sederhana
contoh; Monotard, Insulatard, Humulin N

Regim atau jadual insulin

Dos untuk pesakit adalah 0.5 - 1.0 U/kg sehari
i) Satu suntikan untuk setiap hari
ii) Dua suntikan setiap hari
iii) 'Multiple' suntikan
iv) Pump suntikan